01Pemilik laman
Laman web richie.my dimiliki dan diuruskan oleh 3 Basic Marketing. Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
02Maklumat yang kami kumpul
Kami tidak menyimpan maklumat mengenai lawatan anda selain untuk menganalisis prestasi kandungan. Jika cookies digunakan untuk tujuan ini, anda boleh menyahaktifkannya pada bila-bila masa melalui tetapan pelayar internet anda. Dengan tidak menyahaktifkan cookies, anda bersetuju untuk membenarkan penggunaannya.
03Perkhidmatan pihak ketiga
Untuk memaparkan laman ini dengan pantas dan kemas, pelayar anda memuatkan fail daripada perkhidmatan berikut. Perkhidmatan ini mungkin menerima alamat IP dan maklumat asas pelayar anda mengikut polisi privasi masing-masing:
- Cloudflare — pengehosan dan penghantaran laman
- Google Fonts — fon tipografi
- cdnjs & jsDelivr — pustaka animasi
- BayarCash — pemprosesan pembayaran (FPX), apabila anda membuat pembelian. Maklumat perbankan anda dimasukkan terus di halaman BayarCash dan tidak disimpan oleh kami.
- Resend — penghantaran emel akses program selepas pembelian (jika digunakan)
Untuk setiap pembelian, kami menyimpan nama, emel, nombor telefon, nombor pesanan dan status pembayaran anda bagi tujuan memproses dan menghantar akses program.
04Borang & data peribadi
Data peribadi dan maklumat yang anda berikan melalui borang atau pembelian di richie.my boleh digunakan dan diproses oleh 3 Basic Marketing bagi tujuan berikut:
- Memproses pendaftaran untuk ebook, video dan kelas atau program
- Berhubung dengan anda melalui emel dan telefon
- Memberi khidmat kepada anda
- Memproses transaksi pembayaran (jika ada)
- Menjawab pertanyaan anda
- Mentadbir penyertaan anda dalam peraduan
- Melaksanakan kegiatan dalaman
- Tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan
- Memberi maklumat tentang produk dan perkhidmatan 3 Basic Marketing
05Penggunaan maklumat
Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat di laman ini atas tanggungjawab anda sendiri. Sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan maklumat dari laman ini adalah atas tanggungan anda.
Kami sentiasa berusaha menyampaikan maklumat pada tahap terbaik. Namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian adalah tidak disengajakan. Kami tidak bertanggungjawab atas penerbitan semula kandungan laman ini di laman atau media lain tanpa kebenaran.
Lihat juga Penafian pendapatan.
06Hak cipta
Semua hasil penulisan di richie.my adalah hak milik 3 Basic Marketing, melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapatkan kebenaran sebelum menyalin sepenuhnya mana-mana artikel ke media lain — termasuk blog, laman web, majalah, akhbar, poster, brosur atau media atas talian.
Petikan atau keratan dengan kredit sumber kepada https://richie.my dibenarkan, dengan syarat kandungannya tidak diubah suai.
07Pindaan
Notis ini boleh dipinda dari semasa ke semasa tanpa notis. Anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini bagi sebarang perubahan.